April 9, 2008

I was asked to do this assignment in ma college... Erti Kemerdekaan Bagi Saya... read it...interesting

Erti Kemerdekaan Bagi saya

Kemerdekaan bermaksud kebebasan. Kebolehan kita melakukan apa yang kita mahu lakukan tanpa bergantung kepada orang lain. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai pada tahun 1957, Ogos 31. Ramai yang telah berkorban demi mencapai kemerdekaan untuk kita. Kemerdekaan yang telah dicapai tidak patut dilupakan.Hutang kita kepada mereka yang telah berjuang untuk kemerdekaan tidak dapat dibayar. Sekarang, kerana mereka, kita dapat hidup dengan aman dan damai. Jika kemerdekaan tidak dicapai, besar kemungkinan kita masih dijajah Ingeris dengan nama Malaysia ditukar kepada Malayan Union. Oleh itu, kemerdekaan yang telah dicapai tidak patut dilupakan dan patut sentiasa dihargai.

Kemerdekaan negara kita dicapai selepas kesemua 3 kaum terbesar iaitu Melayu, India, dan China mencapai kata sepakat. Mereka bersetuju berdamai, dan hidup dengan nama warga Malaysia. Melalui kata sepakat inilah kemerdekaan berjaya dicapai. Akan tetepi, dewasa ini, terutamanya warga muda kurang menghayati maksud kemerdekaan. Dengan ini, berlakulah ketidakpuasan antara rakyat. Terutamanya, ketidakpuasan antara ethnik. Misalnya, perarakan HINDRAF dan sebagainya. HINDRAF terutamanya berlaku disebabkan terdapat pendapat yang menyatakan kumpulan etnik India terpinggir atau berlakunya ‘Etnik Cleansing’. Hal ini kerana di Malaysia saja, terdapat statistik paling tinggi pemusnahan kuil, iaitu sebanyak sebuah kuil setiap 3 minggu. Hal ini telah menyebabkan berlakunya penubuhan Hindu Rights Action Force, HINDRAF. Perkara ini berkaitan dengan kemerdekaan. Hal ini kerana apabila kemerdekaan dicapai, perlembagaan telah dibentuk. Dan dalam perlembagaan telah memperuntukkan kebebasan setiap kaum mempraktikkan agama mereka sendiri, iaitu dalam Artikel 11. Sekumpulan banyak kaum India menyokong HINDRAF kerana perlembagaan tidak dihormati dan hak mereka dicabul.

Baru-baru ini, selepas Pilihan Raya ke-12, pihak pembangkan telah menang dengan baik di 5 buah negeri. Dalam perlembagaan, kebebasan bertnding dalam Pilihan Raya telah diberi. Akan tetapi, apabila pihak pembangkan menang, banyak tunjuk perasaan telah dilakukan. Terutama sekali di negeri Pulau Pinang. Hal ini berlaku apabila En. Lim Guan Eng telah bercadang memansuhkan DEB, Dasar Ekonomi Baru. DEB telah diwujudkan kerana terdapat ramai rakyat Malaysia yang masih miskin. Akan tetapi, selepas 50 tahun merdeka, kadar kemiskinan masih tinggi. Hal ini menunjukkan DEB tidak begitu efektif. DEB juga memberikan banyak kepentingan kepada orang Melayu, disamping apa yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. Apabila DEB dimansuhkan di Pulau Pinang, ramai dari UMNO telah melakukan perarakan di Pulau Pinang. Mereka menyatakan hak warga Melayu dicabul. Dan setahu saya, apabila perarakan HINDRAF diadakan, ‘water cannons’ dan ‘tear gass’ telah digunakan. Akan tetapi, dalam perarakan UMNO, benda-benda ini tidak digunakan. Lebih-lebih lagi, pihak FRU telah memberikan sokongan kepada mereka. MEreka telah menberi perlindungan kepada mereka.

Dalam perlembagaan juga, kebebasan berucap dengan batasan tertentu telah diberi supaya perkara yang dicakap tidak mengusik perasaan orang lain, supaya tidak berlaku sesuatu yang akan menggangu kemerdekaan Malaysia. Akan tetapi, seorang lelaki bernama Shah Khiri telah memberi sebuah ceramah mengenai agama Hindu yang langsung tidak benar. Dia telah mengutuk agama Hindu. Perkara ini secara langsung menunjukkan yang lelaki ini tidak menghormati perlembagaan dan agama lain. Lelaki, ini tidak mahu kemerdekaan negara kita berlangsung. Jika tindakan yang setimpal tidak diambil, nescaya rusuhan kaum akan berlaku. Hal ini akan menggugat kemerdekaan negara kita.

Selama 50 tahun, kita telah hidup secara aman dan damai. Walaupun telah berlaku banyak masalah dan perumitan, pemimpin-pemimpin yang berwibawa telah menyelesaikannya tanpa menyusahkan rakyat demi mempertahankan kemerdekaan. Akan tetapi, pada masa yang akan datang, kemungkinan besar perkara ini akan berubah. Masalah-masalah yang berlaku pada masa sekarang, seperti yang telah saya nyatakan di atas, bersangkut paut dengan politik. Hal ini bermaksud, tokoh-tokoh politik memainkan peranan yang besar dalam perumitan yang berlaku. Jika, pemimpin yang kita harapkan tidak teguh pendiriannya, sudah tentu sesuatu institut itu akan runtuh. Pemimpin-peimpin yang lebih baik diperlukan demi menjamin kemerdekaan.

Secara kesimpulannya, kemerdekaan merupakan sebuah harta yang tidak ternilai kepada semua pihak. Setiap orang perlu memainkan peranan mereka demi menjaga kemerdekaan dan kepentingannya. Pihak-pihak tertentu tidak patut mengeksploitasi kemerdekaan demi pembangunan merek sahaja. Undang-undang dan kata sepakat yang telah dicapai semasa kemerdekaan dicapai perlu sentiasa dihormati dan dijaga. Mematuhi peraturan dan menghormati perlembegaan merupakan sesuatu yang amat perlu. Mereka yang tidak mematuhi peraturan perlu dijatuhi hukuman secara adil. Pihak berkuatkuasa dan tokoh politik tidak patut berat sebelah dan menjaga kepercayaan rakyat terhadap mereka.

Oleh itu, setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum perlu berganding bahu dan bekerjasama demi menjamin kemerdekaan. ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Jika perkara ini tidak diambil berat peristiwa 13 Mei akan mungkin berulang. Lebih-lebih lagi apabila wujud ramai ‘bloggers’ yang sedia memaparkan setiap peristiwa yang berlaku melalui Internet yang tidak kenal sempadan. Sekali lagi ingin saya tegaskan yang kerjasama semua pihak amat penting supaya kemerdekaan negara kita dapat dikekalkan.